2.5. Sampel Skrip Jawapan Pelajar
2.5.1. Sampel skrip jawapan pelajar bagi setiap item PKK perlu dikumpulkan setelah
pelaksanaan PKK berdasarkan TIGA (3) kumpulan markah (3 tinggi, 3
sederhana dan 3 rendah).
2.5.2. Setiap item PKK yang dilaksanakan hanya memerlukan SEMBILAN (9) set
sampel bagi setiap program. Bagi program yang sama, penentuan sampel boleh
diambil daripada mana-mana kelas/seksyen yang mengambil kursus berkenaan
dan tidak semestinya diambil daripada satu kelas/seksyen tertentu.
2.5.3. Hanya salinan sampel yang perlu disimpan di dalam FPK. Salinan asal perlu
dikembalikan kepada pelajar. Bagi kes tertentu yang memerlukan salinan asal
disimpan di dalam FPK, sila pastikan pelajar mendapat satu salinan item PKK
ataupun berbentuk bukti PKK yang telah lengkap disemak dan diberi
pemarkahan. (Jika sampel dimuat turun dari mana-mana media)
2.5.4. Bagi kes sampel yang ingin disimpan secara salinan lembut (softcopy), pensyarah
perlu membuktikannya menerusi medium storan yang digunakan dan semua
sampel yang disimpan adalah sah, boleh diguna dan boleh dicapai. Sebagai
contoh: mengepilkan cakera padat di dalam FPK.
2.6. Rekod Penilaian Kerja Kursus Pelajar
2.6.1. Penyelaras Kursus perlu mengumpul salinan Rekod Penilaian Kerja Kursus
Pelajar bagi SEMUA kelas/seksyen/program yang mengambil kursus yang sama
daripada pensyarah kursus pada penghujung semester untuk disimpan di dalam
FPK sebagai rekod.
2.7. Penaksiran Hasil Pembelajaran (CORR)
2.7.1 Penyelaras Kursus perlu mengumpul salinan Penaksiran Hasil Pembelajaran
(CORR) bagi SEMUA kelas/seksyen/program yang mengambil kursus yang
sama daripada pensyarah kursus selepas keputusan rasmi peperiksaan
diumumkan untuk disimpan di dalam FPK sebagai rekod.
2.7.2 CORR menjadi rujukan penyarah berkaitan cadangan penambahbaikkan
berterusan kursus bagi sesi kelas akan datang.
2.7.3 Summary CORR perlu disediakan oleh Penyelaras Kursus dan dibantu oleh
pensyarah yang terlibat dalam kursus tersebut. Contoh CORR dan Summry CORR
seperti di lampiran 10 dan lampiran 11.
2.7.4 Penambahbaikan Kualiti Secara Berterusan Penaksiran Hasil Pembelajaran (CQI
CORR) dapat membantu kursus mengatasi kelemahan dan memperbaiki
prosedur kerja dan pelaksanaannya dalam memastikan pelajar dapat menguasai
kandungan kursus dan program dengan baik dan berkesan. Pelaksanaan CQI di
institusi untuk tujuan close the loop serta untuk memastikan hasil pembelajaran
(PEO, PLO dan CLO) adalah tercapai dan dapat meningkatkan kekuatan program
pengajian yang ditawarkan di institusi. CQI CORR perlu disahkan oleh